Friday, June 29, 2007

Senjata Wanita



Senjata Wanita

Jika engkau tanya padaku
Apakah senjata wanita yang paling bahaya?
Pasti ku katakan matanya.

Kenapa matanya?

Kerana kerlingannya
Membuai perasaan
Kerana lirikannya
Terlalu mengasyikkan
Kerana renungannya
Sungguh melalaikan
Apatah lagi air matanya
Ahhhh usah dikatakan!

Ketahuilah wanita,
Jika engkau solehah
Engkaulah sebaik-baik perhiasan dunia

Oleh itu tundukkan lah pandanganmu itu!
Terutama pandangan yang ada maksud tersirat
Pandangan yang cukup menjerat
Membawa ke lembah maksiat

Apa adakah lagi yang bahaya selain matanya?

Ada!

Apa dia?

Mulutnya!

Kenapa mulutnya?

Kerana kuntuman senyumannya
Menggegarkan iman
Kemerduan suara darinya
Melemahkan fikiran
Ketawa manja darinya
Terlalu menghiburkan
Pujuk rayu darinya
Sungguh mencairkan
Belum lagi umpatan darinya
Habis pahala bertaburan!

Oleh itu wahai wanita
Jika benar syurga itu impianmu
Peliharalah mulutmu itu!
Berhentikanlah umpatanmu itu!
Sucikanlah perkataanmu
Perbanyakkanlah zikirmu

Sesungguhnya
Itulah yang lebih baik buatmu.



Assalamualaikum

Two nights ago before flopping myself up in bed, I was thinking of my day's event(s). Most put a smile on my face but to my dismay, I realised that most also made my sins-weighing-scale heavier.
I couldn't stop thinking about it that it brought a sudden burst of inspiration to write the poem above. Nothing much really. Just some reminders for myself =)

...Hayatilah....Fahamilah....Renungilah...

4 Comments:

Blogger Murabiyyah said...

Dangg, touched ku membaca.. suka ku! JazaakaAllah for the reminder :)

7:41 pm  
Blogger Muslimah Melayu said...

Thanx dang. Kejiwa bunyinya ah hahaha. Oh well. hehe

8:37 pm  
Blogger Reza Faizal said...

I thought it was a song! nice....

11:40 am  
Blogger Muslimah Melayu said...

wahhh. hehe. jazakallah for ur kind words.

1:09 am  

Post a Comment

<< Home