Sunday, July 29, 2007

Cinta Duniawi

Caution: Long read ahead.
I found the article below and thought I should share it as a reminder for us especially for those who are in the cinta-cinta world or about to be in the cinta-cinta world or thinking of becinta-cinta. lol! I edited some of the spellings and the layout of the article cause I'm very anal. Other than that, it is a good read :D


BAB-BAB CINTA


Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita nak belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan mambawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kpd org yg berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni....betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yg lain tu? Banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran. Tak de lebih-lebih.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkan kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, bayak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yg dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul: cinta selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa sesuatu sebagai ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan.
Sabda Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bagi dua org yg saling mencintai kecuali nikah. (Ibni Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam?Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan perzinaan? Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai org yg bercinta telah sampai kepada daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg melahirkan kita dalam keadaan bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia walaupun bahaawa mereka tidak akan tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dlm syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi itu.
Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu didalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (al-A'araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jln kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tapi bercinta sebelum kahwin adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima mini, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuran atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagian adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahnya. Bagaiman mendapat anugerah kebahagian itu, jika jalan mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak akan meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudah pun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit? Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta?
Semua itu adalah perangkap syaitan dan iblis. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat dalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Nauzubillah!

Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.
Allah berfirman: Lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkawin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yg sedang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Nur:3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yg baik. Lelaki yg baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati!
Apa ada pada janji cinta? Lebih-lebih lagi janji cinta manusia. Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.
Tetapi untuk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki normal suka pada barang yang 'second hand'? Sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Alllah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yg memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar. (al-Ahzaab:35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yg murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yg memuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas Ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kpdku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Amin, Ya Rabb.


Moga Allah terima taubatmu.


Source

...Hayatilah....Fahamilah....Renungilah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home